Will You Be Another Hue In My Life?

★NETWORK★

Saturday, October 22, 2011

Manusia lebih binatang dari binatang

Bangun sedikit awal pagi ni. Sedikit? Sedikit banyak lebih tepat untuk hari-hari cuti macam ni. 6 pagi!  Nampak tak? 6 pagi! Saya tak main-main. Semuanya disebabkan...


Semuanya sebab budak ini. Budak baik. Budak nakal. Budak sakit.

        Tak tahulah apa dia nak, marah barangkali sebab dah hampir seminggu dikurung dalam sangkar. Makan, minum, tidur, buang air besar, buang air kecil semuanya dalam sangkar. Dan saya adalah orang yang bertanggungjawab membersihkan kandang dia setiap pagi sebelum pergi kerja. Juga beri makan dan minum. Juga buangkan hasil kumbahannya dan menukar pasir. 

       Nampak tak isi di kepala dia? Okay. Itu tak tahu sebab apa. Putih saya ni rajin berjalan. Tapi asal time makan dia akan balik rumah. Dia tak reti nak makan benda yang bukan-bukan lagi-lagi dalam tong sampah. Dia cuma makan, ikan rebus, ikan goreng(ni kadang-kadang jek bagi) & smartheart/prodiet. Tapi Putih ni kepoh. Dia suka menyibuk kalau-kalau ada kumpulan kucing yang tengah buat jahat. Putih jugak sangat-sangat manja dengan sesiapa jek. Jadi bila ada orang buat apa-apa dekat dia, dia ingat orang tu sayang dia (walaupun sebenarnya orang tu tak suka dia). Itulah sebabnya muka dia jadi macam tu.

       Yang anda-anda nampak berlubang sampai nampak daging dekat muka dia tu, sebenarnya itupun dah elok sikit. Masa hari yang dia balik tu, lagilah, meleleh-leleh darah dekat lantai. Hari esok, nanah pulak meleleh-leleh. Tak sanggup nak tengok. Bau apatah lagi. Tapi, terpaksa jugak bersihkan luka dia tu. Kalau tak, takut busuk dan ada telur lalat menumpang pula nanti. Sangat-sangat kesian dekat dia. Luka dia tu disebabkan sesuatu yang panas. Ekzos motor, atau air panas, atau minyak panas, atau apa-apa yang lain yang hanya si pelaku dan Allah sahaja yang tahu.

       Saya tak cakap kucing saya ni baik sangat. Tapi, dia haiwan. Apalah yang dia tahu. Mengadu pun tak. Berbanding anda seEKOR manusia yang ada akal. Yang pergi sekolah. Sanggup menyeksa haiwan yang tak berdosa. Yang tak tahu apa-apa ibarat anak kecil. Tapi dunia sekarang apalagi yang nak dikata. Nyawa anak kecil pun dibuat seperti haiwan. Dilanggar seperti kucing, dikelar seperti ikan, diliwat umpama binatang. Sesungguhnya zaman sekarang, manusia lebih binatang dari binatang.Rasa-rasa, kalau saya jumpalah orang yang buat kucing saya ni, nak jek saya buat balik benda yang sama dekat kepala dia. Baru dia tahu sakit ke tak. Agaknya, orang tu ada masalah mental, mungkin.


Ini dia Si Putih kesayangan. 

       Tadi dia mengeow-ngeow tak berhenti. Lantas, saya buka pintu sangkar, dukung dan bawa dia berjalan sekitar kawasan rumah. Nak lepaskan takut dia pergi jauh sedangkan luka dia masih belum sembuh. Barulah dia senyap. Rupanya nak bermanja-manja dengan tuan dia sambil menghirup udara luar. Sekarang dia sudah tidur. Penat agaknya mengeow-ngeow tu.

       Ibu cakap, balasan bagi orang yang menganiayai binatang, selagi haiwan tu merasa sakit dan terseksa dengan apa yang telah dia lakukan(seksaan), maka, setiap kali itu jugalah dosanya bertambah kerana menganiayai binatang tersebut. Dengan manusia, bolehlah dihulurkan salam maaf bila tibanya hari raya, dengan haiwan pula?

       Walaupun itu haiwan, wujudkanlah sifat prihatin dan sifat perikemanusiaan dalam diri anda. Sebelum kita nak buat sesuatu dekat haiwan tu, cuba letakkan diri kita dalam situasi tu. Sakit tak sakit? Perit tak perit? Itu saja nak tulis.

"Semoga Allah menyembuhkan Putih saya secepat mungkin, dan juga semoga Allah menginsafkan pelaku tersebut. Biarlah dia mendapat balasan Allah yang setimpal supaya dia sedar dan tak menganiayai haiwan lain." 

Insyallah. Amin.



Suka akan entri ini? Ok. Picit sahaja BUTANG LIKE di bawah ini :

0 tindak balas:

Post a Comment

Hye!You can leave your comment here...Thanx so much!!!Enjoy your reading!!!;-)

 
Designed By Najiahtul Syafiqah Ismail | 2010 belog ini belog saya